Blog ini dibangunkan dengan niat untuk menjadikannya medan penulisan dan perkongsian bahan-bahan tarbiyyah termasuklah penulisan tentang pengalaman hidup, nasihat-nasihat, panduan-panduan berguna dan perbincangan isu-isu semasa buat manafaat diri sendiri, isteri, anak-anak, saudara-mara, sahabat-sahabat dan sesiapa sahaja yang boleh mencapainya. Mudah-mudahan ia menjadi amal jariah saya yang diterima Allah sebagai amal soleh.

Selasa, 29 Disember 2009

Inilah Saya dan Tanggung Jawab Saya...

Saya adalah hamba kepada Allah, Tuhan yang satu.
Saya adalah pengikut ArRasul s.a.w. Peneraju umat ini.
Saya adalah anak kepada seorang abah yang sangat banyak berkorban untuk anaknya.
Saya juga adalah anak kepada seorang emak (Allah yarhamha) yang penyayang yang akan dikenang dalam doa-doa saya.
Saya adalah suami kepada seorang isteri yang mengharapkan mawaddah dan rahmah.
Saya adalah ayah kepada empat anak yang diharapkan menjadi insan soleh dan solehah.
Saya adalah seorang adik kepada seorang kakak yang gigih.
Saya juga adalah adik kepada seorang abang yang bertangung-jawab.
Saya adalah abang kepada empat orang adik yang baik-baik.
Saya adalah sahabat kepada ramai kawan yang turut mencorakkan kehidupan saya ini.
Saya adalah murid kepada ramai guru, ustaz dan ustazah yang telah banyak membimbing.
Saya juga adalah guru kepada beberapa anak murid yang mengharapkan ilmu yang bermanafaat.
Saya adalah jiran kepada ramai jiran-jiran yang baik lagi mesra.
Saya adalah ahli dan penggerak kepada beberapa persatuan.
Saya adalah pekerja kepada majikan yang mengharapkan ketekunan saya.

Inilah saya dan tanggungjawab saya...anda pula siapa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan